Sunday 15 May 2011

bile nak berubah ha !!!?

bila nak berubah? aku kalau dapat soklan macam nih terkial2 gak nak jawab. hehehe... tapi bagi aku satu perubahan itu kadangkala senang, dan kadangkala susah.

Untuk menjadikan kita berubah, kita perlukan sesuatu yang mendorong kita untuk berubah. Sama lah juga kalau ingin berubah dari pada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat, daripada tak matang kepada matang, daripada matang kepada lebih matang.

Some might say masa adalah penentu perubahan. Dan selalunya masa akan dikaitkan dengan umur.

"ko dah tua nih, bilalah nak berubah, dari dulu same je"

Tapi, aku berpendapat lain. Perubahan tidak tertumpu hanya pada masa. Well, nak berubah memang senang.

Kalau kita nak berubah, semuanya bermula pada diri sendiri. Korang boleh berubah dengan hanya sekelip mata je.

Contoh...

Aku nak jadi student yang terpaling rajin di SMK TELOK MAS nih! Sekarang aku nak baca buku tanpa henti, buat homework terus siap satu malam!

Haa... kan korang dah berubah tuh? hehe.... cuma selepas tuh satu persoalan akan timbul lagi.

"bagaimana nak kekalkan perubahan tuh?"

dalam soalan ini barulah jawapan yang paling sesuai ialah masa dan usaha. Jawapan ini pun tak bape nak konkrit lagi lah. Sebab ape?

Sebab penggunaan masa dan usaha itu adalah? ------> kembali kepada diri sendiri gak. So, aku nak simpulkan, tak ade perubahan yang disebabkan faktor luaran.

Nak berubah? Semua bermula dengan soalan ini.

"adakah aku bersedia untuk berubah?"

dan soalan ini

"Adakah aku nak berubah?"



MEKASEH SEBAB BACE KITE PUNYE ENTRY

No comments:

Post a Comment