Sunday 15 May 2011

AKU MASIH xpaham : ape itu "FREEDOM" !

Mesti semua orang cakap aku gila kan? Freedom punya senang tuh pun tak paham2... memang sengal-ayam tol lah pempuan nih.

Meh... aku nak cakap sikit... korang betul2 paham ke tak freedom tuh ape? freedom nih wujud ke tak sebenarnya? atau hanya dongengan si pencipta terms?

Pernah dengar utopia? Bagi aku freedom seperti yang di describekan oleh si pencipta terms nih hanyalah satu utopia. Dongengan semata... tak wujud.

Freedom.. adalah kebebasan. Bebas dari segala macam kekangan, kongkongan, ikatan, dan sebagainya yang menghalang maksud bebas.

Tapi... sejauh manakah bebasnya anda?

1. Anda masih terikat dengan undang2 sesebuah tempat.
2. Anda masih ikut cakap orang lain.
3. Anda masih terikat dengan sesuatu (contoh: duit, kerja, study, dsb)

Dan yang paling penting ialah?

Dari sebelum anda lahir sehinggalah anda pergi dari dunia ini sehinggalah kiamat kelak... anda tetap seorang hamba.

Tidak kira lah anda Muslim, Christian, Jews, Buddhist, Hindu, dan banyak lagi agama2 lain, anda tetap terikat dengan undang2 sesuatu agama.

Bila anda claim yang anda adalah Atheist? Mungkin anda rasa anda bebas daripada undang2 agama bukan?

Tapi bebaskah anda daripada ancaman maut?
Bebaskah anda daripada perasaan anda?
Bebaskah anda daripada minda anda?

Jadi, bagi aku... tiada siapa dalam dunia ini capai tahap freedom... Dan boleh buat apa sahaja yang dia suka.

Masih ada lagi kekangan dalam hidup seseorang itu, tidak kira dia itu siapa...

Anak raja?
Anak tokey besar?
Raja?
US President?
Perdana Menteri Malaysia?
Imam Masjid Negara?
Lecturer UIA?
Student Sociology?
Makcik Cleaner?
Ataupun peminta sedekah...

Semuanya masih ada lagi bebanan yang mengikat kita... jadi terms Freedom nih hanyalah satu khayalan... tidak wujud sama sekali. Tidak ada kebebasan mutlak bagi makhluk bergelar manusia.

                                                       Adakah anda merasa bebas?



MEKASEH SEBAB BACE KITE PUNYE ENTRY

2 comments:

  1. jiwa remaja akan sentiase memberontak meminta-minta kebebasan..bile kebebasan dah ade depan mata, sebenarnya kita langsung dah tak perlukan kebebasan itu..

    ReplyDelete
  2. hmm .. mendalam . p maslhnye . ble ? ble? *haha,feeling lebih .. btol 2 k.anem .ble da ade pluang nak bebas ,mase 2 la kite rase , tak perlu smua 2 , ..

    ReplyDelete